Sunday, September 7, 2014

Faedah tali pinggang wang



Ia lebih selamat daripada membawa dompet kembara, malah penggunaan tali pinggang wang atau disebut money belt adalah kunci anda untuk ketenangan fikiran ketika melancong. Anda tidak wajar melakukan percutian tanpa membawa satu tali pinggang wang. Bentuknya adalah kecil, dengan kantung kain mudah disangkut sekitar pinggang sama ada di bawah seluar atau skirt anda.

Sebenarnya anda seumpama memakai tali pinggang halimunan kerana ia direka seperti tersembunyi daripada penglihatan, terletak di bahagian bawah kemeja seolah-olah lebihan kain dalam wanita dan baju anda, atau dipasang di bawah seluar anda. Kebanyakan orang memakai beg kecil yang lebih menonjol di depan perut mereka, tetapi anda masih berasa kurang selesa jika bergerak.

Namun dengan tali pinggang wang, sekeliling pinggang anda semacam ada tambahan slot kocek kecil. Ada beberapa orang mungkin lebih suka menggunakan kantung leher yang dipakai seperti rantai tetapi di bawah baju mereka, masih ada poket tersembunyi. Ia seperti gelung pada tali pinggang anda, dan boleh dikunci di belakangnya dengan mudah tanpa disedari sesiapa.

Benda ini penting kerana setiap pelancong perlu membawa kad kredit atau debit mereka sendiri dan sedikit wang tunai ketika waktu kecemasan yang perlu disorokkan dan diselit pada tali pinggang wang mereka sendiri. Dengan tali pinggang wang, semua dokumen penting anda termasuk pasport boleh dibawa dengan selamat dan tidak dijangka disembunyi dalam pakaian anda sendiri.

Logik ceritanya mudah kerana setiap pagi anda memakai seluar dalam tanpa berfikir tentang mereka sepanjang hari. Setiap malam, apabila menanggalkan pakaian, anda masih cukup yakin, seluar dalam masih ada di situ. Maka apabila melakukan percutian, barang berharga tetap selamat daripada penglihatan kerana ia masih berada di sekitar pinggang di tali pinggang wang.

Mungkin pada peringkat permulaan, anda pasti tidak berasa selesa tetapi lama kelamaan anda akan memakainya spontan atas faktor keselamatan. Mereka yang melakukan perjalanan jauh dengan apa-apa benda bernilai terdedah kepada kes kecurian kecuali apa yang ada di tali pinggang wang. Ia berfungsi seperti bilik kebal tersorok kerana tidak diketahui pencuri sendiri.

Banyak kes dilaporkan pelancong kehilangan beg tangan yang dicuri penyeluk saku, namun mujur si pencuri tidak sedar ada dompet berisi banyak wang disimpan di dalam tali pinggang wang pelancong itu. Jika anda menarik keluar tali pinggang wang untuk mengambil sesuatu, sentiasa ingat untuk memasukkannya kembali dan jangan tonjolkan di mana ia disorokkan.

Anda bagaimanapun dilarang sama sekali meninggalkan tali pinggang wang "tersembunyi" di pantai semasa pergi berenang tetapi simpan ia dikunci di dalam bilik hotel atau loker berkunci. Di hotel atau di dalam kereta api, pakai tali pinggang wang anda apabila tidur. Anda juga boleh mandi dengannya iaitu gantungkan mungkin dalam beg plastik.



Pembungkusan haruslah ringan untuk mudah dipakai tali pinggang wang anda. Berikut adalah apa yang perlu disimpan di dalam tali pinggang wang antaranya pasport, lesen memandu, kad kredit, tunai, sarung plastik untuk membalut barang-barang berharga dan buku kecil mengandungi alamat, nombor telefon penting, e-emel, jadual perjalanan dan sebagainya.